Kini lebih mudah secara online. Jom tunaikan kewajiban berzakat anda sekarang!

Berapakah kadar bayaran atau kadar penunaian zakat fitrah?

Para fuqaha memutuskan bahawa zakat fitrah itu berdasarkan makanan ruji tempatan. Kalau di Malaysia, kadarnya adalah mengikut harga beras yang ditetapkan oleh pihak pemerintah.

Dari Abu Said al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda: “Kami pada zaman Nabi mengeluarkan zakat daripada makanan ruji, waktu itu ialah gandum, kurma, kismis dan roti.

(Hadith riwayat Bukhari)

Tidak semestinya kita membayar fitrah mengikut harga beras yang kita makan. Memadai dibayar mengikut kadar harga beras yang dimakan oleh masyarakat secara umum.

Namun begitu, bagi mereka yang biasa memakan nasi mengikut gred beras yang lebih mahal seperti Basmati dan seumpamanya, adalah lebih afdal jika mereka membayar fitrah berdasarkan beras atau kadar harga beras tersebut.

Alhamdulillah pada hari ini kaedah membayar zakat fitrah telah dimudahkan mengikut pandangan dari Imam Abu Hanifah dengan membayar harga atau nilaian beras tersebut sebagai ganti beras kerana lebih sesuai dan menepati maslahah asnaf.

Anda amil masjid? Kami berbesar hati untuk sponsor percuma website zakat fitrah untuk masjid anda. Klik disini »