Kini lebih mudah secara online. Jom tunaikan kewajiban berzakat anda sekarang!

Siapakah yang wajib membayar zakat fitrah?

Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi S.A.W mengfardhukan zakat fitrah dalam bulan Ramadhan ke atas setiap manusia Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Berdasarkan hadis ini, dapat kita fahami bahawa zakat fitrah ini wajib dikeluarkan oleh setiap umat Islam. Cuma para fuqaha menetapkan yang afdal menunaikan fitrah ialah orang yang wajib atasnya memberi nafkah seperti suami, bapa atau datuk yang menjaga dan membesarkan cucunya. Secara mudahnya orang yang bertanggungjawab menanggung perbelanjaan dan urusan memberi nafkah keluarga.

Zakat fitrah wajib atas semua individu dari kalangan lelaki, wanita, tua, muda, hamba atau merdeka yang mempunyai lebihan atau cukup perbelanjaan sehingga hari raya. Anak perempuan yang masih belum berkahwin masih dianggap di bawah tanggungan bapanya. Namun begitu, jika anak perempuan tersebut ingin membayar sendiri zakat fitrahnya maka dia perlu meminta keizinan dari bapanya terlebih dahulu.

Anda amil masjid? Kami berbesar hati untuk sponsor percuma website zakat fitrah untuk masjid anda. Klik disini »