Kini lebih mudah secara online. Jom tunaikan kewajiban berzakat anda sekarang!
Bagaimana Untuk Membayar Zakat di Zakat Fitrah Online?
1.
Pilih lokasi yang berkenaan. Setiap negeri akan menyenaraikan masjid yang berdaftar dengan platform Zakat Fitrah Online.
2.
Klik pada masjid yang dikehendaki. Anda kemudiannya akan dibawa ke website khas masjid tersebut.
3.
Maklumat berkenaan amil masjid akan dipaparkan. Klik pada link borang mengikut kadar zakat fitrah untuk meneruskan pembayaran zakat.
4.
Selesai. Untuk menebus resit rasmi zakat fitrah anda, sila berhubung dengan wakil amil masjid. Resit yang dipaparkan ialah resit sementara sahaja.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Orang Islam yang merdeka wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga, atau tanggungannya.
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi raya.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.