Kini lebih mudah secara online. Jom tunaikan kewajiban berzakat anda sekarang!

Bagaimanakah kaedah pembayaran zakat fitrah?

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah S.A.W sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata:

Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: Aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya.

(Hadis riwayat Muslim)

Anda amil masjid? Kami berbesar hati untuk sponsor percuma website zakat fitrah untuk masjid anda. Klik disini »