Adakah fidyah boleh dibayar dengan wang sebagai ganti. Jika boleh, berapakah kadar yang dikenakan?
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Dan orang-orang yang diberati keatasnya dan tidak mampu berpuasa; dia wajib membayar fidyah berupa makanan asasi kepada orang miskin.
(148, al-Baqarah)
Ibnu Abbas berkata dalam mentafsirkan ayat ini:
Keadaan ini adalah orang lelaki dan perempuan tua yang tidak mampu untuk berpuasa hendaklah memberi makan setiap hari yang ditinggalkan puasa sebanyak satu cupak kepada orang miskin.
(H.R Bukhari 4235)
Justeru fidyah dibayar setiap hari sekadar satu cupak makanan asasi seperti beras di Malaysia. Jumlah secupak mengikut kiraan metrik semasa ialah 675 gram yang diberikan kepada fakir dan miskin. Fidyah juga boleh dibayar mengikut nilaian secupak beras mengikut pandangan mazhab Hanafi. Anggaran secupak beras adalah sebanyak RM 1.75.